Saturday, September 10, 2011

When I was a kid, I'm unhappy to be a small kid, nak pakai gincu merah, kasut tumit tinggi, mutiara necklace yang labuh tu, berangan sambil pakai coat! Rambut color2 ngan lipstick merah mama. Kelakar tak hengat! Hatcchuuum! *Terbersin pulak*
I remembered every time sahur, abah akan kejut semua orang dalam rumah, sahur.sahur.sahur! Sampai hamster pun terbangun, terus belari dalam wheel, mungkin dia rasa gempa bumi agaknya masa tu. Kucing pulak, mengiau-ngiau kat pintu dapur belakang, mungkin mahu join sahur. Selepas sahur, semua tergolek semula. 
Menu must have; telur masin. Kan? Tak pasti betul atau tidak, tapi seingat saya, itu lah menu yang paling membuka selera saya.
Masa tu, kalau puasa, puasa sungguh-sungguh, seharian lamanya, terasa letih menunggu waktu berbuka. Maklumlah, budak-budak. Kejap-kejap lapar, kejap-kejap; dahaga. 


Makin dewasa kita, makin sukar melakukan puasa kan? Dulu saya ingat, budak kecik paling sukar puasa, sebab tak tahan dahaga, rupanya, orang dewasa lagi teruk, sebab nak lawan nafsu. Haha


Life is short kan? 


Sekarang saya dah besar. Dah ada husband pun. *merah padam muka* Semua tu saya rindu. Saya tak mampu nak buat semua tu semula. Saya tak boleh paksa diri saya untuk ajar orang lain menjadi diri saya yang dahulu. 
Sekarang, memang saya pakai gincu tapi tidak lah merah menyala, pakai necklace, tapi mutiara bukan pilihan saya, pakai coat, pakai kasut tumit tinggi, tapi bukan di dalam rumah. Bukan di depan cermin :D


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon Maaf Zahir & Batin ikhlas dari saya. 


Puasa sebulan, raya sebulan lah juga kan?

Our gambar raya for this year ~ :)

No comments:

Post a Comment