Sunday, July 10, 2011

How's your Sunday so far?
Too early to ask.Kan?
Mine is normal Sunday. Ada akan melawat my brother in law di Semenyih kerana tersangkut di PLKN.
err.. Mengimbas kenangan lampau masa saya dan Lonjong masih kecil (saya je kecik, Lonjong masa tu dah besar hahaha.) Sabtu dan Ahad hari yang akan penuh dengan aktiviti menyihatkan badan. Start with jogging berkilometer batu jauhnya, panjat bukit, turun bukit, lari satu padang, lompat jauh, lompat dekat dan paling tak menahan bermain di playground budak-budak di depan Zoo Taiping. Indah saat itu. 
Compulsory nya, semua mesti jogging dan semua mesti exercise. Termasuk abang kami yang seorang itu dan selalunya dia lah manusia yang rajin jogging selain Abah. 
Betul orang kata, quality masa adalah penting berbanding masa yang saya ada sekarang.
Dari 7 setengah pagi kami exercise di Taman Tasik Taiping, tidak lupa singgah breakfast sebelum balik ke rumah dan selalunya weekend adalah hari off mama memasak. 
Cerita pasal breakfast terasa kelakar di hati saya. Saya pasti si Lonjong juga ingat apakah menu breakfast setelah berhempas pulas meng'exercise'kan diri. Simbolik nya, selepas jogging, nasi lemak VIP di Pokok Assam adalah kegemaran, atau di Nasi Lemak di Alam Mesra, Bomba Taiping ataupun menu diet Sup Utara di depan Legend Inn Taiping. 
Pelik? 
Masa itu tak rasa pelik, berbanding bila dah besar panjang terasa kelakar memikirkan menu nasi lemak berlauk ayam dan telur goreng di makan setelah membakar kalori berjam-jam.
Tapi, itulah kenangan yang sangat berkualiti yang pernah saya ada. 
I have a very small family. 
We care of each other. 
We love every one in it. 
My dad is strict and humble but my mum is fierce haha sebab dia cubit saya sampai lebam.
But they are awesome and perfect.


Sekarang.. I don't have that, Saturday and Sunday adalah hari untuk saya bangun lambat dan breaky pada jam 12 tengah hari.
I missed all the memories and of course satu hari nanti I'll make sure to repeat all over again.


Happy weekend ya'all
orked

No comments:

Post a Comment