Saturday, February 26, 2011

Kenapa?

Entry hujung minggu adalah emosi.
Tidak apa kan?
Siapa nak marah? Husband Oked sayang Oked. :P Lain lah si Longjong tak ada husband :))


OK. Orked tak berapa pasti berapa ramai yang ada pasangan dan perlu curang? 


Jawapannya: Ramai yang sangat setia. Hee.


Itu kalau cerita yang baru berpasangan peringkat junior, kalau yang sudah dikira senior? Tak perlu lah. Buang masa sahaja bukan kah?
Si Orked Scorpion adalah setia dan nokhtah. Tak percaya? Sila rujuk Fadhilah Kamsah. HAHA. 
Setia, curang, jujur bukan terletak pada Dato' Fadhilah Kamsah. Letaknya adalah belah dada, bukak dan kopek. Eh tak ada pun! Awak tipu!!!!!!
Tanya pada hati sendiri, siapa yang awak sayang? Siapa awak rindu. Jangan lah menipu. Let it be naturally tanpa perlu memaksa hati. 
Orked tak cakap apabila keluar dengan orang lain itu adalah curang. Cumanya kamu sahaja yang tahu. Soal rumahtangga dan relationship orang Oked tidak mahu ambil tahu, sebab masalah tersendiri sudah penuh berbotol-botol. Mahu lagi ambil tahu kisah orang. Melampau betul! Dan sebetulnya I am not that type. 


My life is full with love and soft heart. Sila lah percaya sebab itu satu statement :P

Kalau ada ex-gf/bf yang ajak kamu-kamu keluar. Keluar tidak kamu? Tanya hati, nak keluar atau tidak. Tanya your partner, boleh keluar atau tidak. Nak ikut. No-no. HAHA. Bawak sahaja lah labu. Mengapa mesti disorok-sorok kalau itu semua benar kan? Cerita telus dan please respect your partner's feeling. Yes, what past is past, tapi jujur pada hati. Jujur pada dia. Kejujuran and loyal adalah keyword. Apa ni! Sekejap-sekejap cakap mat saleh, sekejap-sekejap bahasa Melayu baku. *OK. Oked nak mencari kamus*


Oked tak point mana-mana orang, siapa-siapa jangan terasa. Oked peduli apa, kalau sedih gigit-gigit ibu jari kaki. Kan? =.=


Once you start into the relationship and bump for serious commitment, you still ada masa untuk think all about from A-Z. Think twice dan beratus kali pun tidak apa. Mahu patah balik ke, dayung sampan ke darat sekali pun orang tak semudah itu memperdulikan kamu. Suka hati lah mahu buat apa. 


Oked berfikiran; setelah bertahun-tahun kamu kenal partner kamu, susah payah mahu tahu dia suka makan apa, minum apa, tidur pukul berapa, bangun pukul 12 tengah hari, masuk kerja lambat macam boss, sedangkan kuli tak sedar diri. Suka shopping dekat ChowKit kah, Pavillion perhaps? Dia orang mana, maknya orang Utara, bapak beliau orang Sabah. Haish! Susah lah! Lepas adengan itu, mahu jumpa family dia, kalau 2, 3 orang adik beradik tak apa lah, kalau 20 orang? Ha kamu! Mencecet mahu tulis nama atas kertas letak dalam handbag, hafal masa setiap pergi dan balik kerja. OK itu tipu. 
Kenal-kenal nenek, opah, tok, tokwan, pakcik, makcik, pak uda, pak ngah.. eh...banyak ni, kalau nak list kan semua. Haih... Entah lah, nak menaip ini pun susah, ini kan pulak betul-betul. Membaca adalah seronok, lepas itu comment pulak. Entah hape-hape entry si Oked nih! 


Terpulang pada kamu, saya tak paksa. 


Dalam hidup ni, banyak sangat benda yang sangat beautiful. Jangan hanya focus pada orang dan pasangan. You study smart, work hard. Boleh pergi melancong seantero dunia. Jelajah setiap pelosok hutan. Beli rumah di Mont Kiara. Beli Audi A6. Beli Panasonic Viera, beli MacBook Pro, Playbook Blackberry. Setiap hari minum di Austin Chase, Coffee Bean, makan tengah hari di Shangri-La, tea break di Impiana Hotel, dinner di Subak, Bukit Lanjan. Err... macam-macam lah wei boleh buat, daripada kau orang mencurang ke sana-sini. 


Susah tidak?


I need to go, I have to stop here nanti sambung ya? Tidak emosi sangat lah entry ni. Next entry kisah sedih ok? :P


Much love,
Oked Sandha~ hehe

1 comment: