Cerita minggu-minggu lepas pun belum habis
Orked pulang ke
Terasa macam itik pulang petang. Taiping macam biasa indahnya.
Banyak juga yang berubah. Dulu ada Taiping Jaya -.-"
Sekarang sudah ada Starbucks dan Taiping Sentral. Yep. Dunia berubah. Saya juga berubah.
Dulu bujang. Sekarang sudah berkahwin. Auww. Touching :)
Tiada apa menarik, saya menghadiri majlis kahwin orang, saudara sebelah suami. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke siku, jadi itu lah dia.
Susah nak cerita.
Sila hadaplah gambar nanti.
Lain cerita.
Saya kerja sangat sibuk, sampai blog bersawang. Nak harapkan si lonjong, ada-ada saja alasan.
Sapu sampah lah, sapu laman lah, tak ada masa lah, nanti-nanti nak buat hantaran dia nak kahwin la ;) HAHA ok yang last tu tipu.
NGANGKUNG
Picture Googled |
Jangan tak percaya saya tengok cerita melayu. Kalau bukan kita, siapa lagi kan? Ok. Cerita menarik.Plot cerita pun boleh tahan. Nak bagi 10/10 tu rasa menipu sangat, terutamanya bab suara Shaheizy Sam, ala-ala suara tua, saya tak berapa minat.
Cerita mengisahkan 3 orang kawan suka mengangkung.
Ngangkung = beli nombor ekor. Saya baru tahu maksudnya, masa dalam panggung ;)
Tapi serius, cerita ini kelakar. Saya suka part Mazlan Pet Pet.
Nak cerita semua susah lah. Apa kata pergi tengok. Tak pun tunggu sahaja di Astro musim raya nanti. HAHA. Mesti keluar.
Kutipan harini dah 10juta. Saya tak tahu nak kategorikan cerita ni best melampau atau biasa-biasa, cuma mungkin penangan pelakon Adnan Sempit membuatkan kita tertarik nak menonton.
Cerita pasal kerja. Saya kerja sorang-sorang sudah seminggu. Colleague saya cuti kahwin, kemudian cuti terus kerana transfer ke Penang, mengikut suami. Nasib suami saya orang Kuala Lumpur. Jadi, bermula episod kerja saya sehingga ke rumah. Hari minggu menghadap laptop, kesian suami. Terima kasih kerana memahami. Yang tak berapa best, bila saya demam, dia demam, seisi rumah demam T________T. Sedih!
Sekarang sudah 1.53am.
Mahu pejam mata sekarang, selamat malam. Sweet dream buah hati.
No comments:
Post a Comment