Salam malam hari Khamis,
Menunggu mana lah dia anak kambing saya first entry blog ini. Buka saja, penuh dengan gambar cumil saya dan err.. comotnya adik saya. Haha.
Apa ni? Macam tak sedar ini blog, sebab penuh gambar konon-konon childhood, sedangkan gambar terkini lah tu!
First entry, first time menaip, nak baca sendiri, nak tengok macam mana tulisan bila sudah di publishkan.
Gila publisiti! Dari semalam dan sebelum semalam menyiapkan header.
Maksud header blog pun baru tengok kamus malam sebelum semalam. Asyik sangat ubah sana, ubah sini, tukar colour, tukar corak-corak.Haha. Last-last terbaring fedup.
Sambil bekerja, warna-warna kan gambar, balik kerja sambung lagi, entah apa-apa lah. Memang menggila memblog!
Itu cerita pasal first entry, ini pula cerita hari-hari biasa.
Esok Jumaat!! Selepas berJumaat, weekend bukan? Bila weekend, maka Sabtu & Ahad. Pendekkan cerita. Saya balik kampung! Setahun satu bulan saya tak balik, sejak berhari raya di perantauan: Melaka. Itu bukan kampung halaman saya, jadi maksudnya sama dengan perantaun. Hari ini rasa letih bercampur dengan rasa Green Apple, McDonald Twist Ice Cream tadi. Rasa mahu baring, mahu bergelimpangan, mahu bergulung-gulung dengan tilam, sebab ngantuk yang membungkam. Nak ucap Selamat Malam boleh?
Seram-seram di malam Jumaat,
ORked~
No comments:
Post a Comment