Saturday, October 30, 2010

Sekali lagi sama dengan dua kali

Sekali lagi Oked meng'update' blog. Lepas tu, delete lah tu. Penangan geli sebab syok sendiri.Haha. Dalam hati banyak......... sangat cerita, sampai terpaksa berbaris panjang di dalam hati, nak keluarkan cerita mana satu. Wek! Benci sebab suka perasan! Minggu ni tahap happy saya 75% sebab selebihnya cinta hati saya, sudah balik ke Darul Ridzuan.Kehkeh. Alhamdulillah bila ada benda went well minggu ni,, doa2 kan saya semuanya termakbul :) Lain-lain cerita, cerita konvokesyen, cerita makan malam sambil berBBQ bersama family. Yeay! Akhirnya terlaksana, thanks Bulil husband.Bulil tu panggilan adik-adik. haha. Lagi-lagi cerita, sesat-sesat dan pusing 370 darjah di Putrajaya, itu kejadian biasa bagi saya. Lagi cerita? Saya tak pasti sebab banyak sangat. Sedihnya sebab memori saya hanya 1 giga. Khamis minggu lepas, saya dan keluarga ke BBQ Land di Kuang, sekadar mengimbau kenangan masa silam, zaman kegelapan di Unisel dulu.. alahai. Memang sangat nostalgic. Makanan nya sama masih macam dulu-dulu kala, tapi sedari saya, pakcik yang dulu tak nampak pun tiang hidungnya, orang lain pula yang saya nampak. Nak cerita lebih-lebih pun tak boleh sangat sebab gambar menarik tak ada, sekadar gambar dari e71 tu saja lah, tunggulah saya beli Nikon Lumix tu baru hangpa tau banyak gambar sampai terlentang nak menjamah satu-satu! Alasan munasabah, kami semua lupa bawak d60 husband saya tu. Haha.
(ada lagi posting ni, setelah mac pro satu lagi terbakar!) Gila bukan, hakikatnya entry ini, saya type di satu lagi laptop, rupanya disini ada dalam draft. So tak payah fikir panjang sangat.
Habis cerita pasal BBQ. Nak attach gambar, harapanlah, sebab gambar tersebut, sudah di pindahkan ke laptop husband a.k.a laptop saya lah tu, tapi sudah tak boleh on. Bagaimana kan?

Cerita konvo budak-budak KPM.

Majlis hebat, tempat grand. Tapi dengar-dengarnya KPM tidak sempat menyediakan walaupun sekeping air mineral pada parents. Terpaksa lah bapa-bapa dan para ibu turun pulak ke cafe. Kasihan! Ataupun kedekut? Mungkin konvokesyen yang pertama? Anggap saja lah, yang pertama, sebab banyak benda yang boleh dikatakan berterabur. Apa ni asyik complaint je! Sila lah puji KPM ni hebat sebab buat konvo di PICC :p

Tak perlu cerita keburukan orang-orang. Ni gambar flowers @ roses with no torn untuk si gadis lonjong tu. Dari saya, dari bulil, dari mama, dari abah, dari loiue dan urban jugak lah! Mungkin dari abang serta isteri dan  Hasnan :)
Silalah tersenyum sorang-sorang.



Ada lagi gambar.. tapi... :(  tak payah lah cerita, sebab dah cerita tadi kan?


Adeh ngantuk,
Orked~

No comments:

Post a Comment